Sila Isi Guest Book Ini Yer..

Aktiviti Mengecat Tugu Kg. Hj. Taib

GAMBAR TUGU KAMPUNG HAJI TAIB

Gambar Sebelum & Selepas Mengecat

Gambar Ketika Aktiviti Mengecat

Gambar Selepas Aktiviti Mengecat

Saturday, August 22, 2009

Pendahuluan

Tugu Kampung Haji Taib ini terletak berhampiran Pekan Kuala Kurau. Projek komuniti kali ini ialah menceriakan kembali tugu yang sedia ada,serta membersihkan semak samun di sekelilingnya.Dengan itu saya serta para perserta telah mengadakan satu mesyuarat dan telah bersepakat untuk mengadakan satu aktiviti projek komuniti iaitu gotong-royong untuk membersihkan dan mengecat kembali tugu di Kampung Haji Taib.Aktiviti ini diadakan sempena cuti persekolahan yang lalu.

Aktiviti projek komuniti ini melibatkan penduduk kampung, para peserta sekolah menengahdan juga pelajar sekolah rendah turut serta membantu.Pengusaha Kedai.Kom Haji Taib iaitu Pn. Khairun Azura juga turun ke tapak gotong-royong untuk membantu serba sedikit serta menguruskan para peserta yang menghadiri projek komuniti ini.

Sejarah Tugu Kampung Haji Taib


(ALLAHYARHAM HAJI ABD RASHID BIN MOHD ISMAIL )
AL-Fatihah
( KETUA KAMPUNG KG. HJ TAIB DARI 1996-2006 )

Tugu Kampung Haji Taib ini telah di bina pada tahun 1998 oleh arwah Encik Abd Rashid b Mohd Ismail PJK iaitu bekas Ketua Kampung Haji Taib yang telah membina tugu ini.Tugu ini berbentuk hadrah dan logo Gerakan Daya Wawasan iaitu lambang bahawa Kg. Haji Taib ini aktif dengan aktiviti hadrah dan peserta hadrah ketika itu kesemuanya ahli Komuniti Bestari dan Gerakan Daya Wawasan.

Sempena 3 tahun kematian Allahyarham En Abd Rashid , kami penduduk Kampung Haji Taib ini bersetuju menceriakan kembali tugu ini dengan bertujuan mengenang kembali segala jasa dan pengorbanan arwah terhadap projek pembinaan tuju serta segala projek yang lain. Dengan itu kami bersepakat untuk memberi tema dan tajuk projek komuniti ini ialah "Jasa Mu Di Kenang".

Objektif

1. Projek komuniti yang di bertajuk "Jasa Mu di Kenang" ini adalah untuk mengingati jasa dan pengorbanan Ketua Kampung yang telah meninggal dunia pada 3 tahun yang lepas serta dapat mengeratkan hubungan sesama Islam antara penduduk kampung,peserta projek komuniti serta ejen perubah dan pengusaha Kedai.Kom Haji Taib.

2.Projek komuniti ini dilakukan adalah untuk menyemai semangat dan kesedaran positif terhadap keindahan alam sekitar serta kebersihan kampung . Rasa bertanggungjawab ini membantu para peserta menghayati erti perpaduan antara penduduk kampung.

3.Projek ini sebenarnya membantu para penduduk kampung memahami tentang segala penyakit berjangkit melalui projek komuniti ini.Dengan bantuan pihak Klinik Kesihatan Kuala Kurau , para penduduk kampung dapat mempelajari tentang kesihatan serta kesejahteraan mereka sekeluarga . Projek ini juga membantu membasmi segala penyakit seperti deman denggi , chikugunya dan sebagainya . Oleh itu kebersihan kampung ini diutamakan dalam projek komuniti kali ini.

4.Projek komuniti ini menjadikan penduduk kampung serta para peserta sentiasa bersifat bertanggungjawab serta cintakan alam sekitar.Projek ini juga membantu para penduduk kampung memahami tentang pelbagai penyakit yang mudah menjangkiti mereka.

Golongan Sasaran Projek

Sasaran projek ini ialah penduduk Kampung Haji Taib serta keluarga. Sebilangan dari penduduk luar kampung yang turut membantu menjayakan projek komuniti ini.

1.Penduduk Kampung

2.Pelajar Sekolah Menengah

3.Pelajar Sekolah Rendah

4.Belia serta Penganggur

Disini saya cerita serba sedikit mengenai apa itu Komuniti Bestari saya telah mendapat info mengenai Komuniti Bestari ini melalui rujukan di internet , buku serta Ketua Kampung iaitu En. Nazlan b Sudin PJK yang telah mengantikan tempat arwah En Abd Rashid.


Sejarah

Komuniti BESTARI diisytihar penubuhannya pada 12 Oktober 2004 oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka sempena Konvensyen Komuniti BESTARI Peringkat Kebangsaan yang pertama.

Penubuhan ini bagi menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca). K3P pada mulanya diterajui oleh Jabatan Penyiaran Malaysia pada tahun 1987. Pada tahun 1991, K3P diserahkan kepada Kementerian Penerangan. Pada 01 Julai 2000, K3P diserah kepada Jabatan Penerangan Malaysia.

Komuniti BESTARI ditubuhkan bagi memberikan imej baru (re-branding) dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.

Ciri Penubuhan


1. Komitmen penduduk dan pemimpin tempatan untuk melibatkan diri

2. Keutamaan kepada mukim atau kawasan yang mempunyai pelbagai kaum.

3. Kawasan yang mempunyai produk ekonomi yang berasaskan pertanian, pelancongan,

kraftangan dan lain-lain.

4. Kawasan yang mempunyai organisasi JKKK


Pembangunan Ketahanan dan Perpaduan Nasional

Bidang ini bertujuan memperkukuhkan semangat patriotik dan jati diri bagi membina ketahanan nasional di kalangan ahli dan penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan
  • Ambang Merdeka
  • Program Kibarkan Jalur Gemilang
  • Konvoi motosikal untuk golongan remaja dan belia, manakala konvoi berbasikal tergolong di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah
  • Lain-lain aktiviti yang berkaitan

Pembangunan Sosio-Ekonomi

Meningkatkan kesedaran dan minat untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di kalangan ahli Komuniti BESTARI dan masyarakat setempat.

Konsep

Komuniti BESTARI adalah program Gerakan Rakyat( Peoples Moverment) yang dinamik, berwawasan berasaskan semangat kesukarelaan (voluntary) dan berdikari. BESTARI membawa maksud :-

B - Bermaklumat

E - Erat

S - Silaturahim

T - Televisyen

A - Akhbar

R - Radio

I - ICT / Internet

LOGO




1.Konsep Logo

Konsep logo ini menggambarkan komuniti yang penyayang,berpengetahuan dan bermaklumat di mana sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menghasilkan bahan kerja-kerja tangan yang kreatif dan menarik.


2.Keterangan Logo

Huruf B bermaksud Bestari atau Bijaksana. Bintang 14 melambangkan Komuniti Bestari merangkum keseluruhan negeri.

Jalur-jalur merah dibelakang membentuk susunan buku melambangkan komuniti gemar membaca dan bermaklumat,

Huruf B juga menghasilkan 'mata pena' mengambarkan komuniti yang Bijaksana dan berpengetahuan ICT.

Huruf 'B' juga membentuk huruf "V" yang membawa maksud 'cinta' kerana setiap komuniti perlu ada perasaan menyayangi dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti.

3. Maksud Warna

Logo komuniti Bestari ini mengunakan 4 warna iaitu biru . kuning , merah dan putih.

Biru - Kerjasama antara Komuniti

Kuning - Keikhlasan

Merah - Semangat jitu dan kental dalam menghasilkan kerja.

Putih - Sifat ingin tahu dan meningkatkan pengetahuan di dalam bidang ICT dan perkembangan semasa.

*Misi dan Visi Projek Komuniti Jasa mu Di Kenang & Kedai.Kom Hj Taib*

*Membentuk masyarakat cintakan alam sekitar*

*Kedai.Kom Kg Haji Taib peneraju maklumat ICT bagi penduduk Kuala Kurau*

KESIMPULAN

Semoga aktiviti Jasa Mu Di Kenang yang kami jalankan ini dapatlah kami serta penduduk kampung mengingati jasa dan segala pengorbanan arwah Ketua Kampung En Abd Rashid b Mohd Ismail yang banyak telah bersusah payah untuk memajukan kampung serta menceriakan kampung. Semoga apa yang kami lakukan ini tercapai segala impian arwah sempena bulan kemerdekaan kali ke 52.



Carta Organisasi Dan Tugasan

Pada mesyuarat 8 Jun 2009 yang diadakan telah dilakukan untuk melantik para peserta untuk carta organisasi bagi rojek komuniti serta agihan tugasan para peserta.

Pengerusi : Mohamad Adzhar Hakimi b. Yusof

Pelantikkan adik Adzhar sebagai pengerusi kali ini kerana beliau berpengalaman luas dalam sebarang projek komuniti.Memandangkan projek komuniti memerlukan pengalaman maka pelantikkan beliau amat diperlukan.

Naib Pengerusi :Noor Syafina Bt Ishak

Tugas seorang naib pengarusi ialah membantu pengerusi dalam sebarang acara yang dijalankan.Adik Fina dipilih menjadi naib pengerusi memandangkan beliau lepasan SPM tahun 2008 maka beliau dapat membantu dalam projek komuniti.

Setiausaha : Muhammad Nazrul Zikri B Mohd Halim

Penolong Setiausha : Muhammad Hanafi bin Abdullah

Pelantikkan adik Nazrul dan adik Hanafi berdasarkan sokongan serta pendapat sebilangan ahli jawatan kuasa.Mereka berdua mampu memberi banyak ideal untuk projek komuniti serta untuk kemajuan Kedai.Kom Haji Taib.Malahan keindahan Kampung Haji Taib ini juga sumbangan ideal dari mereka berdua.


Ahli Jawatankuasa terdiri daripada :-


1.Nuraina Nadhirah bt Mohd Nazri

2.Nora binti Mohd Saidai

3.Fatin Nor sazwani binti Zulkepri

4.Nor Azwana bt Aripin

5.Nurul Hanim binti Mat Non

6.Muhammad Asmarul Ikmal b Mohd Halim

7.Muhd Fahrizam b Salleh

8.Mohamad Amirul Hakim b Mat Non

9.Muhammad Shuhaimi b Ramlee

10.Norizham b Nor Azman

Penduduk kampung serta peserta yang turut hadir untuk menjayakan lagi projek komuniti ini ialah :-


1. En. Ahmad bin Man

2.En.Jamaluddin bin Mohd Ismail

3.En Abu Kassim bin Man.

4.Muhammad Firdaus

5.Muhammad Aiman

6.Muhammad Airil

7.Muhammad Nur Hafiz

8.Nurul Umi Amira

9.Nur Syazawani

10.Quratul Aini Syamimie

11.Nuraina Najwa

12.Nurul Atihrah

13.Muhammad Amirul Amal

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga projek yang kita lakukan selama 4 jam pada 10 Jun 2009.Terima kasih kepada semua yang menjayakan projek komuniti ini.


Sebelum memulakan projek saya telah menyediakan peralatan seperti cat,berus cat,penyapu dan makanan serta minuman untuk menjalankan aktiviti dan untuk perserta menikmati makanan yang telah disediakan.

Cat yang telah telah kami gunakan iaitu:-

1.Cat Hitam

2.Cat Coklat

3.Cat Kuning

4.Cat Merah

5.Cat Putih

6.Cat Biru

7.Cat Hijau

dan berus cat telah saya beli berus di sini kami bergilir melakukan aktiviti mengecat serta bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran tugu tersebut.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan projek komuniti Jasa Mu Di Kenang anggaran dalam RM 100.00.




Alhamdulillah sudah tamat projek komuniti yang kita lakukan pada 10 Jun 2009. Di sini saya mengucapkan sekalung terima kasih kepada yang banyak membantu menjayakan projek komuniti "Jasamu Di Kenang" ini.

Jutaan Terima Kasih Kepada :-

1. Pengusaha yang telah sponser cat dan alatan untuk projek komuniti serta makanan dan minuman.

2. Terima kasih juga buat Pak Cik Mat yang banyak menolong dan memberi tunjuk ajar kepada saya serta para peserta.Tunjuk ajar Pak Cik Mat pada para peserta tidak akan lupakan.

3. Kami dari Kedai.Kom Haji Taib menghargai kerjasama Pak Su Kasim dari kedai Santan Kelapa Fresh yang telah membenarkan kami menggunakan air di kedai beliau untuk projek komuniti ini.

4. Kepada Pak Cik Din terima kasih kerana menolong dan membenarkan kami menggunakan peralatan meniaga beliau untuk hidangan makanan dan minuman serta membenarkan kami menjamu selera di halaman rumah beliau.

5. Tidak lupa juga pada penduduk kampung yang sudi hadir bersama keluarga untuk menjayakan program projek komuniti ini.
 


Blogger Template By KEDAI.KOM HAJI TAIB